11 July 2011

TDI - Operasi Bersih Denggi

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah bercadang mengadakan satu gotong royong dikawasan sekitar taman. Ini adalah lanjutan usaha yang dijalankan bagi membasmi penyakit demam denggi di TDI. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat warga TDI yang telah dan sedang mengalami demam denggi ini. Jumlah keseluruhan setakat ini adalah empat orang. Maklumat lanjut boleh diperolehi didalam blog Taman Desa Indah - http://tamandesaindah.blogspot.com

Satu pemeriksaan kawasan yang dijalankan oleh AJK taman pada 10hb Julai 2011 pada jam 5:30 petang semalam telah menunjukan wujudnya tempat-tempat pembiakan nyamuk. Pemeriksaan dikawasan Fasa 1 iaitu longkang dibelakang rumah didapati berada dalam keaadan memuaskan. Pemeriksaan selanjutnya di Fasa 3 didapati terdapat tompok-tompokkan takungan air. Pengaliran air dilihat tidak lancar kerana dihalang oleh rumput-rumput disekitar longkang berkenaan. Kedua-dua longkang dijalan utama TDI iaitu bersebelahan rumah Hj. Ainul dan Dato Hassan didapati air bertakung sepanjang longkang tersebut.

Selain dari kawasan taman, AJK taman juga telah menjalankan pemeriksaan dikawasan pembuangan sampah diatas bukit. Dari pemerhatian yang dibuat, sampah sarap tersebut disusun dan dirapikan oleh pekerja-pekerja Indonesia. Terdapat juga orang-orang yang mencari barang-barang yang boleh dijual sebagai barang lusuh. Pada amnya, berkemungkinan juga tempat ini sebahagian tempat pembiakan nyamuk.

Bagi membendung masalah ini maka satu gotong royong bakal diadakan pada 16hb Julai 2011 (Sabtu) pada jam 7:45 pagi. Mesyuarat AJK akan diadakan dalam minggu ini bagi mengatur tugas-tugas dan peralatan yang diperlukan. Oleh yang demikian, kehadiran dan kerjasama warga TDI amatlah diperlukan bagi menjayakan operasi gotong royong membersihkan kawasan taman serta membasmi pembiakan nyamuk.

Sila sahkan kehadiran anda melalui SMS kepada Setiausaha TDI, saudara Azman.

No comments:

Post a Comment