05 July 2011

Aktiviti Boling TDI

Pada 3 Julai 2011 sekumpulan warga Taman Desa Indah telah bersama-sama mengadakan aktiviti boling di Wangsa Walk. Ini adalah kali kedua aktiviti ini diadakan ditempat yang sama.

Aktiviti boling ini telah dirancang sebelumnya sebagai salah satu dari acara Persatuan Penduduk Taman Desa Indah. Buat pada masa ini, hanya segelintir sahaja yang dapat bersama-sama meluangkan masa. Pada masa-masa akan dating diharap lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti sukan ini.

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah juga merancang untuk mengadakan aktiviti sukan yang lain seperti Ping-Pong, Badminton dan Futsal. Namun, untuk mengumpul warga Taman Desa Indah dalam satu masa bukanlah satu tugas yang mudah dimana mereka masing-masing mempunyai tanggung jawab yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Oleh itu, kehadiran dalam jumlah yang kecil itu sudah memadai untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Untuk pengetahuan, kos perbelanjaan untuk bermain boling tidaklah semahal yang disangkakan. Untuk bermain 3 games hanya menelan belanja sekitar bawah RM30.00 sahaja bergantung kepada lokasi boling. Ini sudah temasuk sewa kasut dan stokin. Dimana stoking perlu dipakai bersama kasut boling. Stokin berharga RM2.00 sepasang. Kepada mereka yang sememangnya minat dalam sukan boling ini kebiasaannya memiliki bola, kasut dan peralatan boling mereka sendiri.

Jadual untuk aktiviti boling ini pada asalnya pada setiap Jumaat malam, namun bagi mendapat penyertaan yang lebih ramai maka aktiviti ini tidak tertakluk pada hari Jumaat sahaja.
Pada masa-masa akan datang, diharap pelbagai aktiviti yang akan dapat dilaksanakan. Namun ini semua bergantung kepada kerjasama warga Taman Desa Indah itu sendiri bagi menjayakan apa yang dirancang.

Gambar dan video akan disiar kemudian

No comments:

Post a Comment