Pada 7hb Julai 2011, tiga orang pegawai dari KKM telah membuat lawatan ke Taman Desa Indah.
Lawatan mereka adalah lanjutan dari kes demam denggi yang baru-baru ini dialami oleh saudara Rosli Jaafar dan yang terbaru adik Zulaiqa Rizuan.
Lawatan tersebut adalah untuk melihat suasana kehidupan warga TDI™ dan cuba mencari kaitan dengan serangan nyamuk aedes.
Ketiga-tiga pegawai tersebut juga menziarah saudara Rosli Jaafar dan membuat pemeriksaan didalam rumah. Selepas itu mereka menemurah warga TDI™ yang lain. Lanjutan dari itu, mereka melihat sekitar Taman Desa Indah dan berpuas hati dengan kebersihan kawasan taman.
Kepada warga TDI™, diminta sama-sama untuk terus menjaga kebersihan luar dan dalam rumah. Bersama-sama membenteras nyamuk aedes.
No comments:
Post a Comment