16 July 2011

Operasi Bersih Denggi TDI

Pada 16 Julai 2011, warga TDI telah berkumpul seawal pagi bagi melaksanakan kerja-kerja gotong royong di kawasan sekitar taman.

Kawasan utama yang dibersihkan membabitkan kawasan longkang di jalan utama dan dibelakang perumahan fasa 1 dan fasa 3.

Kerja-kerja membuang rumput yang tumbuh disekitar dan tepi longkang dijalankan secara berperingkat dengan dimulakan di fasa 3 dan di ikuti fasa 1. Rumput-rumput dicabut dan dipotong bagi memudahkan pengaliran air ke longkang utama. Mendapan pasir juga dilihat menjadi penghalang bagi air mengalir dengan lancar. Kerja mengeluarkan pasir serta membuat laluan bagi membolehkan air mengalir.

Pihak persatuan telah mengambil iktibar dari kes denggi yang kini melanda warga taman. Dari itu, pihak persatuan telah merancang untuk mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar taman.

Lanjutan dari itu, warga TDI merancang untuk membaik pulih kabin stor yang mana telah mengalami kebocoran atap dan kerosakan pintu. Kerja-kerja akan disambung oleh kontraktor yang telah diupah bagi menyiapkan pintu besi, membaiki atap serta menjalankan kerja-kerja mengecat kabin stor tidak lama lagi.

Akhir sekali, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga TDI yang telah hadir bagi menjayakan program gotong royong ini.

(Gambar disediakan oleh Ahmad Zaini)
Kamarul Sulaiman

No comments:

Post a Comment