11 July 2011

Pemeriksaan kawasan Taman

Pada 10hb Julai jam 5:30 petang, satu pemeriksaan kawasan Taman Desa Indah telah dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti kawasan pembiakan nyamuk.

Pemeriksaan diketuai oleh Setiausaha Taman Desa Indah dan disertai oleh AJK dan warga TDI™.

Rondaan dan pemeriksaan dijalankan terutama dikawasan berlongkang iaitu di hadapan dan dibelakang perumahaan di Fasa 1 dan Fasa 3.

Pemeriksaan turut dilakukan dikawasan pusat pelupusan haram Sg. Kertas bagi mencari tempat pembiakan nyamuk.

Hasil dari pemerhatian didapati kawasan longkang dibahagian belakang rumah perlu dibersihkan kerana terdapat beberapa kawasan takungan air.

Lagi satu kawasan yang disyaki di kedua-dua longkang besar berhampir jalan utaman TDI™. Terdapat tompok-tompokkan air yang bertakung.

Pusat pelupusan haram memberi kesukaran untuk menjalankan pemeriksaan kerana kawasan tersebut terlalu luas untuk diperiksa satu persatu.

Satu mesyuarat akan diadakan bagi mengenalpasti tugas-tugas gotong royong dan jenis-jenis tindakan yang akan dijalankan bagi membersihkan kawasan terbabit. Gotong royong ini diadakan kerana terdapat kes demam denggi di Taman Desa Indah yang baru-baru ini telah melanda sekitar taman.

Langkah ini diambil bagi memastikan kebersihan sekitar taman ditahap yang terbaik demi mengelakkan genjala deman denggi dan sebagainya dari berlaku.

Diharap warga TDI™ akan memberi kerjasama bagi menjayakan Operasi Bersih TDI. Masa dan tarikh akan diberitahu kelak. Yang pastinya akan dilakukan secepat mungkin.

Terima kasih kepada mereka yang telah memberi kerjasama dalam kerja-kerja pemeriksaan tersebut.

1. Azman
2. Razak
3. Suhaidi
4. Hafizul
5. Azizan
6. Azmi
7. Ramli
8. Mus
9. Sham
10. Kamarul

Kamarul Sulaiman

No comments:

Post a Comment