26 July 2011

Pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Gombak

26/07/2011
K.S

Hari ini Jabatan Kesihatan Gombak telah melaksanakan kerja-kerja memeriksa kawasan taman setelah kes denggi yang ke-lapan berlaku di Taman Desa Indah.

Pegawai-pegawai Kesihatan telah memeriksa longkang-longkang di sekitar taman dan turut memeriksa didalam kawasan rumah bagi meneliti kebersihan dan punca-punca pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai-pegawai telah memberitahu kepada seorang warga TDI saudara Kamarul Sulaiman, bahawa kawasan taman ini (TDI) adalah bersih dan tiada tanda punca-punca pembiakan nyamuk aedes melainkan kes tayar yang dibuang di kawasan lapang tempoh hari.

En. Kamarul juga menerangkan bahawa Persatuan Penduduk telah mengadakan Operasi Bersih Denggi baru-baru ini. Membersih kawasan longkang dan bahagian belakang rumah.

Selain dari itu, Persatuan juga turut menyalurkan maklumat hal-ehwal taman melalui Blog, Twitter dan Facebook bagi memperingatkan dan langkah berjaga-jaga terhadap wabak denggi yang melanda.

Pegawai-pegawai Kesihatan akui bahawa saluran infomasi tersebut berjaya kerana rata-rata penghuni yang ditemui mengetahui apa yang berlaku dikawasan taman. Beliau memuji tindakan Persatuan Penduduk serta warga TDI yang prihatin.

No comments:

Post a Comment