26 July 2011

Bekalan Letrik Terputus

26/7/2011
8:55pm
K. S

Telah berlaku bekalan letrik terputus di kawasan taman yang mana melibatkan kawasan seperti Sg. Kertas, Nakhoda, Padang Balang dan kawasan yang berhampiran.

Laporan telah buat kepada pihak berkenaan. Menyatakan mungkin berlaku trip pada salah sebuah substation.

Pihak berkenaan akan membuat siasatan dan baikpulih seberapa segera.

Pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Gombak

26/07/2011
K.S

Hari ini Jabatan Kesihatan Gombak telah melaksanakan kerja-kerja memeriksa kawasan taman setelah kes denggi yang ke-lapan berlaku di Taman Desa Indah.

Pegawai-pegawai Kesihatan telah memeriksa longkang-longkang di sekitar taman dan turut memeriksa didalam kawasan rumah bagi meneliti kebersihan dan punca-punca pembiakan nyamuk aedes.

Pegawai-pegawai telah memberitahu kepada seorang warga TDI saudara Kamarul Sulaiman, bahawa kawasan taman ini (TDI) adalah bersih dan tiada tanda punca-punca pembiakan nyamuk aedes melainkan kes tayar yang dibuang di kawasan lapang tempoh hari.

En. Kamarul juga menerangkan bahawa Persatuan Penduduk telah mengadakan Operasi Bersih Denggi baru-baru ini. Membersih kawasan longkang dan bahagian belakang rumah.

Selain dari itu, Persatuan juga turut menyalurkan maklumat hal-ehwal taman melalui Blog, Twitter dan Facebook bagi memperingatkan dan langkah berjaga-jaga terhadap wabak denggi yang melanda.

Pegawai-pegawai Kesihatan akui bahawa saluran infomasi tersebut berjaya kerana rata-rata penghuni yang ditemui mengetahui apa yang berlaku dikawasan taman. Beliau memuji tindakan Persatuan Penduduk serta warga TDI yang prihatin.

20 July 2011

Illegal dumpsite resurfaces in Kampung Sungai Kertas

Wednesday July 20, 2011

By STUART MICHAEL
metro@thestar.com.my
Photos by RAHMAN RAHIM

HARDLY a year after the authorities cleared the illegal dumpsite in Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, another has resurfaced half a kilometre away.
A resident, who only wish to be known as Ahmad, noticed that lorries have been going to the site especially at night in the past few months.
“Residents have complained that lorries carrying construction waste entering the site to unload their cargo.
Illegal spot: A tractor pushing the rubbish at the site.
“The new site is located about 200m away from SMK Sungai Kertas,” he said.
Four years ago, 60 students were affected by smoke from another dumpsite and sent to hospital.
“They burn the rubbish at night and we fear that the health of the students and villagers would be affected.
“Two years ago, a dumpsite in Jalan Mangga was ordered to close for burning the rubbish,” he said.
A worker at a makeshift shed at the site, said he took RM15 from each one-tonne lorry to dump the rubbish.
Not a deterrent: A signboard near the site showing a RM50,000 fine for throwing rubbish at the dumpsite.
He said the dumpsite was open round the clock and lorries could come in at any time to dump rubbish.
Batu Caves assemblyman Amirudin Shari said he had also received complaints from residents on the matter.
“I want the Selayang Municipal Council (MPS) and Gombak District Land office to monitor the lorries going into the dumpsite.
Amirudin said a MPS van with enforcement officers was stationed at the entrance to the dumpsite yesterday.
“We are unable to guard the place round the clock. When we have our enforcement officers stationed there, the garbage trucks will go to another dumpsite,’’ he said.
There is also a MPS signboard near the site that says that those caught dumping illegally would be fined RM50,000.

16 July 2011

Operasi Bersih Denggi TDI

Pada 16 Julai 2011, warga TDI telah berkumpul seawal pagi bagi melaksanakan kerja-kerja gotong royong di kawasan sekitar taman.

Kawasan utama yang dibersihkan membabitkan kawasan longkang di jalan utama dan dibelakang perumahan fasa 1 dan fasa 3.

Kerja-kerja membuang rumput yang tumbuh disekitar dan tepi longkang dijalankan secara berperingkat dengan dimulakan di fasa 3 dan di ikuti fasa 1. Rumput-rumput dicabut dan dipotong bagi memudahkan pengaliran air ke longkang utama. Mendapan pasir juga dilihat menjadi penghalang bagi air mengalir dengan lancar. Kerja mengeluarkan pasir serta membuat laluan bagi membolehkan air mengalir.

Pihak persatuan telah mengambil iktibar dari kes denggi yang kini melanda warga taman. Dari itu, pihak persatuan telah merancang untuk mengadakan aktiviti gotong royong di sekitar taman.

Lanjutan dari itu, warga TDI merancang untuk membaik pulih kabin stor yang mana telah mengalami kebocoran atap dan kerosakan pintu. Kerja-kerja akan disambung oleh kontraktor yang telah diupah bagi menyiapkan pintu besi, membaiki atap serta menjalankan kerja-kerja mengecat kabin stor tidak lama lagi.

Akhir sekali, pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga TDI yang telah hadir bagi menjayakan program gotong royong ini.

(Gambar disediakan oleh Ahmad Zaini)
Kamarul Sulaiman

13 July 2011

Deman Denggi Terus Melanda

Maklumat terkini:

Anak kepada saudara Azhari kini berada di Hospital Ampang Puteri bagi menjalani rawatan denggi. Maklumat diterima petang tadi.

Lanjutan dari itu, Jabatan Kesihatan telah datang ke Taman Desa Indah bagi melaksanakan kerja penyemburan nyamuk diluar dan didalam kawasan rumah.

Warga TDI diminta agar tidak membiarkan anak-anak berada diluar rumah pada lewat petang. Ini bertujuan mengelakkan dari digigit nyamuk aedes yang berkeliaran diwaktu itu.

12 July 2011

Aktiviti Forging di TDI ditunda

Untuk maklumat warga TDI, penyemburan nyamuk yang dijadualkan pada petang ini telah di tunda kepada esok hari pada waktu yang sama.

Harap maklum. Terima Kasih

Aktiviti Forging di TDI

Sila maklum, petang dalam jam 6:30, 12/07/2011, Jabatan Kesihatan akan datang membuat semburan di sekitar taman.

Harap beri kerjasama. Terima kasih.

11 July 2011

Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan Genjala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

TDI - Operasi Bersih Denggi

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah bercadang mengadakan satu gotong royong dikawasan sekitar taman. Ini adalah lanjutan usaha yang dijalankan bagi membasmi penyakit demam denggi di TDI. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat warga TDI yang telah dan sedang mengalami demam denggi ini. Jumlah keseluruhan setakat ini adalah empat orang. Maklumat lanjut boleh diperolehi didalam blog Taman Desa Indah - http://tamandesaindah.blogspot.com

Satu pemeriksaan kawasan yang dijalankan oleh AJK taman pada 10hb Julai 2011 pada jam 5:30 petang semalam telah menunjukan wujudnya tempat-tempat pembiakan nyamuk. Pemeriksaan dikawasan Fasa 1 iaitu longkang dibelakang rumah didapati berada dalam keaadan memuaskan. Pemeriksaan selanjutnya di Fasa 3 didapati terdapat tompok-tompokkan takungan air. Pengaliran air dilihat tidak lancar kerana dihalang oleh rumput-rumput disekitar longkang berkenaan. Kedua-dua longkang dijalan utama TDI iaitu bersebelahan rumah Hj. Ainul dan Dato Hassan didapati air bertakung sepanjang longkang tersebut.

Selain dari kawasan taman, AJK taman juga telah menjalankan pemeriksaan dikawasan pembuangan sampah diatas bukit. Dari pemerhatian yang dibuat, sampah sarap tersebut disusun dan dirapikan oleh pekerja-pekerja Indonesia. Terdapat juga orang-orang yang mencari barang-barang yang boleh dijual sebagai barang lusuh. Pada amnya, berkemungkinan juga tempat ini sebahagian tempat pembiakan nyamuk.

Bagi membendung masalah ini maka satu gotong royong bakal diadakan pada 16hb Julai 2011 (Sabtu) pada jam 7:45 pagi. Mesyuarat AJK akan diadakan dalam minggu ini bagi mengatur tugas-tugas dan peralatan yang diperlukan. Oleh yang demikian, kehadiran dan kerjasama warga TDI amatlah diperlukan bagi menjayakan operasi gotong royong membersihkan kawasan taman serta membasmi pembiakan nyamuk.

Sila sahkan kehadiran anda melalui SMS kepada Setiausaha TDI, saudara Azman.

(Penambahan) Pemeriksaan Kawasan Taman

Dalam senarai nama yang terbabit dalam kerja-kerja pemeriksaan kawasan taman tertinggal satu nama iaitu saudara Rizuan.

Maaf di atas kesilapan yang berlaku.

Pemeriksaan kawasan Taman

Pada 10hb Julai jam 5:30 petang, satu pemeriksaan kawasan Taman Desa Indah telah dilaksanakan bagi tujuan mengenalpasti kawasan pembiakan nyamuk.

Pemeriksaan diketuai oleh Setiausaha Taman Desa Indah dan disertai oleh AJK dan warga TDI™.

Rondaan dan pemeriksaan dijalankan terutama dikawasan berlongkang iaitu di hadapan dan dibelakang perumahaan di Fasa 1 dan Fasa 3.

Pemeriksaan turut dilakukan dikawasan pusat pelupusan haram Sg. Kertas bagi mencari tempat pembiakan nyamuk.

Hasil dari pemerhatian didapati kawasan longkang dibahagian belakang rumah perlu dibersihkan kerana terdapat beberapa kawasan takungan air.

Lagi satu kawasan yang disyaki di kedua-dua longkang besar berhampir jalan utaman TDI™. Terdapat tompok-tompokkan air yang bertakung.

Pusat pelupusan haram memberi kesukaran untuk menjalankan pemeriksaan kerana kawasan tersebut terlalu luas untuk diperiksa satu persatu.

Satu mesyuarat akan diadakan bagi mengenalpasti tugas-tugas gotong royong dan jenis-jenis tindakan yang akan dijalankan bagi membersihkan kawasan terbabit. Gotong royong ini diadakan kerana terdapat kes demam denggi di Taman Desa Indah yang baru-baru ini telah melanda sekitar taman.

Langkah ini diambil bagi memastikan kebersihan sekitar taman ditahap yang terbaik demi mengelakkan genjala deman denggi dan sebagainya dari berlaku.

Diharap warga TDI™ akan memberi kerjasama bagi menjayakan Operasi Bersih TDI. Masa dan tarikh akan diberitahu kelak. Yang pastinya akan dilakukan secepat mungkin.

Terima kasih kepada mereka yang telah memberi kerjasama dalam kerja-kerja pemeriksaan tersebut.

1. Azman
2. Razak
3. Suhaidi
4. Hafizul
5. Azizan
6. Azmi
7. Ramli
8. Mus
9. Sham
10. Kamarul

Kamarul Sulaiman

TERKINI: Zameer kini di Hospital Tawakkal untuk pemeriksaan.

Zameer, anak kepada Zaini Pengerusi Taman Desa Indah kini di Hospital Tawakkal untuk pemeriksaan darah.

Zameer sebelumnya demam panas dan sakit-sakit sendi selama 3 hari. Pemeriksaan di klinik juga telah buat namun demam masih tidak berkurangan.

Demam yang dialaminya hampir sama dengan simptom denggi maka pemeriksaan doktor pakar adalah yang terbaik.

Kini doktor sedang mengambil darah bagi tujuan analisis seterusnya.

Perkembangan selanjutnya akan disiar kelak.

Kamarul Sulaiman

10 July 2011

TERKINI: (Sambungan) Adi di Hospital Tawakkal

Pada jam 11:20 malam ini, doktor telah mengesahkan Adi mengidap demam denggi.

Bermula pada malam ini Adi akan menjalani rawatan selanjutnya. Tahap platlet 213 masih ditahap normal.


Kamarul Sulaiman

TERKINI: Adi kini di Hospital Tawakkal

Adi, anak bongsu saudara Rosli Jaafar kini berada di wad 728, KPJ Tawakkal. Adik Adi sudah menerima rawatan awal dan menunggu keputusan darah.

Sebelumnya Adi didapati demam berlarutan selama 3 hari. Petang tadi Adi didapat mengalami demam panas dan meracau-racau. Justeru itu, saudara Rosli telah membawa klinik Seri Gombak Medical Centre dan kini telah dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal.


Kamarul Sulaiman

TERKINI: Anak sulung Hafizul kini Hospital Selayang

Maklumat terkini. Anak sulung Hafizul kini di Hospital Selayang menjalani ujian darah. Keputusan doktor akan diperolehi hari ini.

Seperti yang kita sedia maklum, sudah terdapat dua kes denggi di Taman Desa Indah sebelumnya.

Warga TDI diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan rumah dan sekitar. Selain itu, diharap warga TDI menjadikan satu routine menyembur racun serangga di dalam rumah pada waktu-waktu tertentu dan memasang ubat nyamuk elektrik dan sebagainya bagi membenteras nyamuk.

Maklumat seterusnya akan disiarkan kemudian.

08 July 2011

Pegawai KKM melawat TDI™

Pada 7hb Julai 2011, tiga orang pegawai dari KKM telah membuat lawatan ke Taman Desa Indah.

Lawatan mereka adalah lanjutan dari kes demam denggi yang baru-baru ini dialami oleh saudara Rosli Jaafar dan yang terbaru adik Zulaiqa Rizuan.

Lawatan tersebut adalah untuk melihat suasana kehidupan warga TDI™ dan cuba mencari kaitan dengan serangan nyamuk aedes.

Ketiga-tiga pegawai tersebut juga menziarah saudara Rosli Jaafar dan membuat pemeriksaan didalam rumah. Selepas itu mereka menemurah warga TDI™ yang lain. Lanjutan dari itu, mereka melihat sekitar Taman Desa Indah dan berpuas hati dengan kebersihan kawasan taman.

Kepada warga TDI™, diminta sama-sama untuk terus menjaga kebersihan luar dan dalam rumah. Bersama-sama membenteras nyamuk aedes.

05 July 2011

Ancaman Denggi di TDI

Setelah kes denggi pertama berlaku kepada saudara Rosli, kini dikejutkan dengan kes kedua iaitu anak perempuan Rizuan, Zulaiqha yang kini berada di hospital Selayang untuk rawatan lanjutan.

Masih belum menerima butiran lengkap tentang kejadian denggi buat masa ini. Kepada yang ingin melawat boleh berbuat demikian. Tingkat 10, wad 10C, katil 19.

Lantaran kes denggi yang dilihat mula menular di sekitar taman telah membuat Persatuan Penduduk Taman Desa Indah akan merangka satu operasi cegah denggi untuk masa terdekat ini.

Semburan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Gombak serba sedikit tidak memberi kesan terhadap nyamuk.
Pihak Persatuan Penduduk akan bertindak mengadakan gotong royong bagi membasmi pembiakan nyamuk.

Timbul persoalan tentang pembuangan sampah haram di Sg. Kertas. Adakan kawasan sampah ini menjadi punca pembiakan nyamuk? Pembuangan sampah dilihat akhir-akhir ini kian bertambah walaupun telah dikawal oleh MPS.

Pihak Persatuan akan membuat perbincangan rasmi mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mengatasi isu denggi ini.

Aktiviti Boling TDI

Pada 3 Julai 2011 sekumpulan warga Taman Desa Indah telah bersama-sama mengadakan aktiviti boling di Wangsa Walk. Ini adalah kali kedua aktiviti ini diadakan ditempat yang sama.

Aktiviti boling ini telah dirancang sebelumnya sebagai salah satu dari acara Persatuan Penduduk Taman Desa Indah. Buat pada masa ini, hanya segelintir sahaja yang dapat bersama-sama meluangkan masa. Pada masa-masa akan dating diharap lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti sukan ini.

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah juga merancang untuk mengadakan aktiviti sukan yang lain seperti Ping-Pong, Badminton dan Futsal. Namun, untuk mengumpul warga Taman Desa Indah dalam satu masa bukanlah satu tugas yang mudah dimana mereka masing-masing mempunyai tanggung jawab yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Oleh itu, kehadiran dalam jumlah yang kecil itu sudah memadai untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Untuk pengetahuan, kos perbelanjaan untuk bermain boling tidaklah semahal yang disangkakan. Untuk bermain 3 games hanya menelan belanja sekitar bawah RM30.00 sahaja bergantung kepada lokasi boling. Ini sudah temasuk sewa kasut dan stokin. Dimana stoking perlu dipakai bersama kasut boling. Stokin berharga RM2.00 sepasang. Kepada mereka yang sememangnya minat dalam sukan boling ini kebiasaannya memiliki bola, kasut dan peralatan boling mereka sendiri.

Jadual untuk aktiviti boling ini pada asalnya pada setiap Jumaat malam, namun bagi mendapat penyertaan yang lebih ramai maka aktiviti ini tidak tertakluk pada hari Jumaat sahaja.
Pada masa-masa akan datang, diharap pelbagai aktiviti yang akan dapat dilaksanakan. Namun ini semua bergantung kepada kerjasama warga Taman Desa Indah itu sendiri bagi menjayakan apa yang dirancang.

Gambar dan video akan disiar kemudian

04 July 2011

Masalah air di Taman Desa Indah.

Isu air masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Bekalan air terputus sudah menjadi perkara biasa di sekitar Sg. Kertas.

Taman Desa Indah antara taman antaranya yang mengalami masalah bekalan air. Dalam sebulan sahaja antara 2 hingga 3 kali akan terjadi masalah ketiadaan bekalan air.

Laporan demi laporan telah dibuat kepada Puspel setiap kali ketiadaan bekalan air ini berlaku. Ini akan boleh menjejaskan imej Puspel jika tidak ditangani secara yang lebih berkesan. Kalau hendak dikatakan berlaku paip pecah tidak mungkin setiap bulan ianya berlaku.

Pihak yang berkenaan harus menyediakan "preventive measure" bagi menghindari atau tidak pun mengurangkan kes ketiadaan bekalan air. Jika hanya bersistem "firefighting" maka sampai bila-bila masalah akan tetap berlaku.

Mungkin kekurangan peruntukan untuk menyediakan penyelenggaraan yang baik menjadi sebahagian faktor yang menyumbang kepada kerapnya berlaku ketiadaan bekalan air ini.

Tetapi isu tiada peruntukan bukan satu isu besar. Sebagaimana sedia maklum air yang dibekalkan bukanlah percuma. Ini terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan atau melengahkan perkara itu.

Diharapkan Persatuan Penduduk Taman Desa Indah tampil ke hadapan bagi menyelesaikan masalah ini dengan pihak berkenaan.

K. S
4 Julai 2011
kamaruls@yes.my
Kamarul Sulaiman