05 July 2011

Ancaman Denggi di TDI

Setelah kes denggi pertama berlaku kepada saudara Rosli, kini dikejutkan dengan kes kedua iaitu anak perempuan Rizuan, Zulaiqha yang kini berada di hospital Selayang untuk rawatan lanjutan.

Masih belum menerima butiran lengkap tentang kejadian denggi buat masa ini. Kepada yang ingin melawat boleh berbuat demikian. Tingkat 10, wad 10C, katil 19.

Lantaran kes denggi yang dilihat mula menular di sekitar taman telah membuat Persatuan Penduduk Taman Desa Indah akan merangka satu operasi cegah denggi untuk masa terdekat ini.

Semburan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Gombak serba sedikit tidak memberi kesan terhadap nyamuk.
Pihak Persatuan Penduduk akan bertindak mengadakan gotong royong bagi membasmi pembiakan nyamuk.

Timbul persoalan tentang pembuangan sampah haram di Sg. Kertas. Adakan kawasan sampah ini menjadi punca pembiakan nyamuk? Pembuangan sampah dilihat akhir-akhir ini kian bertambah walaupun telah dikawal oleh MPS.

Pihak Persatuan akan membuat perbincangan rasmi mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil bagi mengatasi isu denggi ini.

Aktiviti Boling TDI

Pada 3 Julai 2011 sekumpulan warga Taman Desa Indah telah bersama-sama mengadakan aktiviti boling di Wangsa Walk. Ini adalah kali kedua aktiviti ini diadakan ditempat yang sama.

Aktiviti boling ini telah dirancang sebelumnya sebagai salah satu dari acara Persatuan Penduduk Taman Desa Indah. Buat pada masa ini, hanya segelintir sahaja yang dapat bersama-sama meluangkan masa. Pada masa-masa akan dating diharap lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti sukan ini.

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah juga merancang untuk mengadakan aktiviti sukan yang lain seperti Ping-Pong, Badminton dan Futsal. Namun, untuk mengumpul warga Taman Desa Indah dalam satu masa bukanlah satu tugas yang mudah dimana mereka masing-masing mempunyai tanggung jawab yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Oleh itu, kehadiran dalam jumlah yang kecil itu sudah memadai untuk menjayakan aktiviti tersebut.

Untuk pengetahuan, kos perbelanjaan untuk bermain boling tidaklah semahal yang disangkakan. Untuk bermain 3 games hanya menelan belanja sekitar bawah RM30.00 sahaja bergantung kepada lokasi boling. Ini sudah temasuk sewa kasut dan stokin. Dimana stoking perlu dipakai bersama kasut boling. Stokin berharga RM2.00 sepasang. Kepada mereka yang sememangnya minat dalam sukan boling ini kebiasaannya memiliki bola, kasut dan peralatan boling mereka sendiri.

Jadual untuk aktiviti boling ini pada asalnya pada setiap Jumaat malam, namun bagi mendapat penyertaan yang lebih ramai maka aktiviti ini tidak tertakluk pada hari Jumaat sahaja.
Pada masa-masa akan datang, diharap pelbagai aktiviti yang akan dapat dilaksanakan. Namun ini semua bergantung kepada kerjasama warga Taman Desa Indah itu sendiri bagi menjayakan apa yang dirancang.

Gambar dan video akan disiar kemudian

04 July 2011

Masalah air di Taman Desa Indah.

Isu air masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Bekalan air terputus sudah menjadi perkara biasa di sekitar Sg. Kertas.

Taman Desa Indah antara taman antaranya yang mengalami masalah bekalan air. Dalam sebulan sahaja antara 2 hingga 3 kali akan terjadi masalah ketiadaan bekalan air.

Laporan demi laporan telah dibuat kepada Puspel setiap kali ketiadaan bekalan air ini berlaku. Ini akan boleh menjejaskan imej Puspel jika tidak ditangani secara yang lebih berkesan. Kalau hendak dikatakan berlaku paip pecah tidak mungkin setiap bulan ianya berlaku.

Pihak yang berkenaan harus menyediakan "preventive measure" bagi menghindari atau tidak pun mengurangkan kes ketiadaan bekalan air. Jika hanya bersistem "firefighting" maka sampai bila-bila masalah akan tetap berlaku.

Mungkin kekurangan peruntukan untuk menyediakan penyelenggaraan yang baik menjadi sebahagian faktor yang menyumbang kepada kerapnya berlaku ketiadaan bekalan air ini.

Tetapi isu tiada peruntukan bukan satu isu besar. Sebagaimana sedia maklum air yang dibekalkan bukanlah percuma. Ini terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan atau melengahkan perkara itu.

Diharapkan Persatuan Penduduk Taman Desa Indah tampil ke hadapan bagi menyelesaikan masalah ini dengan pihak berkenaan.

K. S
4 Julai 2011
kamaruls@yes.my
Kamarul Sulaiman