10 February 2011

myBlog: Perjumpaan Ahli Majlis MPS bersama Persatuan Pendu...

myBlog: Perjumpaan Ahli Majlis MPS bersama Persatuan Pendu...: "Tarikh: 8 Feb 2011 Jam: 8 malam Tempat: Taman Desa Indah, Batu Caves Perbincangan: 1. Penempatan kilang bersebelahan Fasa 4 Taman Desa Ind..."

myBlog: Pusat Pelupusan Sampah di Sg. Kertas, Batu Caves

myBlog: Pusat Pelupusan Sampah di Sg. Kertas, Batu Caves: "Pusat pelupusan sampah ini telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada penduduk sekitar. Berlakunya banjir di kawasan ternakan lembu. Banyak..."

Kampung Sungai Kertas - Misused land to be confiscated

The Star, 9 Feb 2011:



An illegal dumping site in Sungai Kertas, Batu Caves will soon be confiscated by the Gombak district land office for misuse of land.

Selayang Municipal Council (MPS) public relations and corporate planning director Mohamad Zain Masoad said the land, which has been used for illegal dumping for five years, would be confiscated because the area was meant for agriculture.

“The land office is now in the process of confiscating the land,” said Zain during a visit by Selangor state secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi to inspect a few areas.

 Full concentration: (Left) Khusrin checking details with regards to the Sungai Kertas rubbish disposal site.

The team also visited a cement batching plant in Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, where residents were against the opeartion of the factory.

“We had given a stop-work order in December and now we are waiting for the matter to be decided at a state planning committee meeting,” added Zain after the site visit as Mohd Khusrin took off without making any comments on the visit.

09 February 2011

Sungai Kertas - Lori sampah haram curi masuk

Siri Liputan Isu Tapak Pembuangan Sampah Haram Kampung Sungai Kertas: Petikan dari Sinar Harian Online.

BATU CAVES – Biarpun larangan keras diberikan kepada pengelola sampah haram di Sungai Tua Gantian, dekat Kampung Sungai Kertas, di sini, namun masih ada lori sampah yang memasuki ke kawasan itu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Jaid Ehsan berkata, tindakan segelintir pengelola sampah yang masih berdegil membuang sampah di situ berlaku semasa ketiadaan kawalan penguatkuasa MPS.

“Semasa kita tempatkan anggota penguatkuasa MPS di kawasan tapak sampah itu dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam, selama sebulan lalu, tiada pula mereka yang membuang sampah.

“Tetapi nampaknya ada yang masih curi-curi masuk. Kita juga harap aktiviti mereka ini dapat disekat segera memandangkan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak sekarang ini sedang dalam proses merampas tanah pemilik membenarkan aktiviti itu dilakukan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung isu pembakaran sampah haram di Kampung Sungai Kertas, selepas Mesyuarat Penuh MPS Bulan Januari, di bangunan MPS, di sini.

Ditanya mengenai perkembangan penyelesaian isu pembakaran menyebabkan pencemaran habuk dan bau kepada penduduk dan pelajar sekolah sekitar katanya, asap di tapak pelupusan sampah haram itu kini sudah berkurangan.

Penduduk berhampiran ditemui, Sham Abdullah, 49, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat mengadakan pemantauan berterusan di kawasan terbabit setiap masa.

“Memang sejak empat tahun lalu, Sungai Tua Gantian ini ‘terkenal’ sebagai tempat pembuangan sampah haram sehingga memberikan kesan kepada penduduk sekitar dengan masalah bau, nyamuk, lalat dan lain-lain.

“Pihak Kerajaan Negeri juga difahamkan sudah keluarkan jutaan ringgit bagi membaik pulih tanah dan kawasan di sini,” katanya.

Menurut Sham yang juga memiliki tanah berhampiran kawasan tersebut, terdapat pemilik tanah membenarkan aktiviti pelupusan sampah di situ walaupun tahu ia suatu kesalahan, berikutan bayaran lumayan diterima.

Katanya, kos satu lori sampah dikutip pengelola antara RM25 hingga RM30 dan semasa tiada pantauan, jumlah lori masuk membuang sampah di kawasan itu boleh mencapai ratusan sehari terutama tengah malam dan awal pagi.

“Tapak sampah ini terbakar pula disebabkan tindakan mereka mahu mencari pendapatan mengitar semula dengan membakar wayar dan sebagainya bagi mengambil komponen besi, timah dan lain-lain.

“Kita juga difahamkan ia mungkin disebabkan gas metana dari bawah bekas bukit sampah,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 15 MPS, Mohammad Faizal Ismail, 37, pula berkata, pihaknya berharap tindakan konsisten dapat dilakukan bagi memastikan kebakaran dan pembuangan sampah secara haram di situ dihentikan serta merta.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, kawasan sampah itu sudah ditutup pada 2008, namun pengelola sampah haram kembali beroperasi secara ‘senyap’ bermula pertengahan tahun lalu. 

08 February 2011

Berita Terkini Tapak Sampah Haram Sungai Kertas [7-2-2011]

Lawatan PBT ke tapak sampah haram Sg Kertas yang masih aktif beroperasi dan lawatan ke bekas tapak sampah haram yang berjaya di pulihkan dengan kos RM3juta [versi org kampung]. Bekas tapak tersebut dikenali juga dengan tapak sampah haram yang menenggelamkan sekandang lembu, akibat banjir dari air pancutan bomba untuk memadamkan kebakaran sampah yang memakan masa berminggu-minggu untuk di padamkan sepenuhnya.

04 February 2011

Lembu Ternakan Berkeliaran di Kg Sungai Kertas dan Pinggiran Batu Caves

Kami selaku penduduk Taman Desa Indah berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap penternak-penternak lembu yang membiarkan lembu ternakan mereka berkeliaran di kawasan perumahan dan kampung (secara khususnya Taman Desa Indah, Kampung Sungai Kertas dan Pinggiran Batu Caves).

Berikut beberapa insiden berkaitan lembu-lembu ini:
  • Menghalang lalu lintas jalan-jalan perumahan/kampung.
  • Najis lembu bersepah dan mengotorkan jalan-jalan perumahan/kampung, taman permainan, padang bola dan kawasan rumah penduduk.
  • Kereta-kereta penduduk (khususnya yang diparkir di luar pagar) disondol oleh lembu.
  • Membahayakan kanak-kanak yang bermain.
  • Merosak harta-benda penduduk.
Berikut adalah beberapa gambar kes untuk rujukan dan tatapan umum dan pihak berkuasa:

 Panas dari oven!

 Taman Desa Indah

 Taman Desa Indah

 Taman Desa Indah

 Padang Permainan Pinggiran Batu Caves

Padang Permainan Pinggiran Batu Caves

TV3 di Kampung Sungai Kertas - Gambar-gambar liputan daripada penduduk

Siri Liputan Isu Tapak Pembuangan Sampah Haram Kampung Sungai Kertas: Gambar-gambar liputan crew TV3 pada 1 Februari 2011, sekitar 11.15 pagi.


Kami berharap dengan liputan TV3 untuk isu ini akan menambahkan keseriusan kerajaan/pihak berkuasa dalam menangani permasalahan ini. Selain menemuramah pihak MPS, apa kata pihak TV3 menemuramah juga pihak-pihak berikut:
  • Penduduk-penduduk sekitar iaitu Taman Desa Indah, Kg Sungai Kertas, Pinggiran Batu Caves, Sri Gombak dan sekitarnya.
  • Pelajar-pelajar dan pentadbir sekolah berdekatan iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah  Kebangsaan Sungai Kertas (lokasi di sebelah tapak pembuangan sampah HARAM).
  • Pihak Jabatan Alam Sekitar - apa tindakan yang telah diambil
  • Kerajaan negeri Selangor - laporan berkenaan tindakan yang telah diambil dan laporan perbelanjaan pemulihan tanah yang dilaporkan berjuta-juta.
  • TUAN-TUAN TANAH tapak pelupusan sampah HARAM.
  • Operator lori-lori  sampah.
Semoga dengan usaha ini, kita akan dapat menilai permasalahan ini dari pelbagai sudut... maklum lah semua cari makan.







03 February 2011

TV3 Interview MPS di Tapak Pelupusan Sampah Haram Kampung Sungai Kertas

1 Februari 2011: TV3 sedang menemuramah pegawai MPS di tapak pelupusan sampah haram Kampung Sungai Kertas. Terdapat 6 buah van, 1 jentolak dan trak penunda MPS berlegar-legar di tapak. Kelihatan juga tauke sampah mundar-mandir di kawasan tersebut. Keadaan tapak yang terbakar tempoh hari telah padam sepenuhnya dan ditutup dan diratakan dengan tanah merah. Akan tetapi longgokan "sampah haram baru" di kawasan di antara tapak yang terbakar dan kawasan TDI telah tinggi menimbung dan semakin menghampiri TDI. Bau dari gas toksik yang mengewap dari tanah yang menutupi sampah memang kuat. Bahaya untuk jangka masa panjang kerana gas toksik yang bebas keluar dari tanah akan tersebar ke kawasan sekitar dahulu sebelum naik ke ozon bumi. Taman Desa Indah & Sekolah Keb. & Men Sungai Kertas akan terjejas teruk.