30 June 2010

Hari Keluarga Taman Desa Indah 2010

Persatuan Penduduk Taman Desa Indah telah berjaya menganjurkan program Hari Keluarga 2010 pada 30 Mei 2010 (Ahad) di Sek Men Keb Sungai Kertas. Program ini dihadiri oleh majoriti penduduk Taman Desa Indah. Program bermula dengan sarapan pagi pada pukul 8.00 pagi. Seterusnya keceriaan bermula dengan sesi Senamrobik dan seterusnya berbagai-bagai acara sukaneka melibatkan semua peringkat umur. Pelbagai hadiah turut disediakan untuk memeriahkan lagi hari keluarga ini. Kemuncak kepada acara adalah cabutan bertuah di mana hadiah utama yang merupakan Mesin Basuh telah dimenangi oleh Sdr Romli.

Kepada mereka yang ingin melihat sebahagian gambar dan aksi-aksi menarik family day, boleh melayari laman Facebook TDI diruangan :- Taman Desa Indah (TDI), Batu Caves.

01 February 2010

Pemasangan Kabin untuk Pondok Kawalan TDI

Salah satu usaha komuniti TDI untuk keamanan penduduk.



Persatuan Penduduk TDI, TDI Group FB dan Blog TDI dirasmikan


Persatuan Penduduk Taman Desa Indah (TDI), TDI Group FB dan Blog TDI telah dirasmikan oleh YB Amirudin Shari, ADUN Batu Caves semasa Mesyuarat Agong Pertama persatuan pada 30 Januari 2010. Semoga group FB dan blog ini menjadi wadah perhubungan dan penyatuan warga TDI.