Siri Liputan Isu Tapak Pembuangan Sampah Haram Kampung Sungai Kertas: Keratan Akhbar BH, 29 Jun 2010.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya selepas rampasan itu, PBT perlu membersihkan kawasan itu dan melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan pelupusan sampah itu tidak terus dicerobohi.
"Dalam sehari lebih kurang 50 lori [sampah] lalu lalang sehinggakan tembok jalan di depan rumah kami hampir runtuh setiap kali hujan lebat. Lebih membimbangkan, keselamatan pelajar sekolah yang lalu lalang di sini."
Sila klik gambar keratan akhbar untuk bacaan lanjut: